Objektif Latihan Industri


Setiap pelajar Politeknik perlu menjalani industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperoleh sijil atau diploma. Latihan Industri merupakan syarat yang telah diwajibkan ke atas semua pelajar. Ianya mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Di antara objektif latihan industri adalah seperti berikut:

a)   Mendedahkan kepada pelajar mengenai pekerjaan yang sebenar
  • Semasa pelajar menjalani latihan industri, mereka akan memperoleh pengetahuan serta pendedahan untuk merasai sendiri bagaimana keadaan semasa berada di alam pekerjaan.

b)   Menanam semangat bekerja secara berpasukan dan menjalani perhubungan yang  
       baik dengan pekerja lain.
  • Di alam pekerjaan, para pelajar perlu menghadapi pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi ketika bekerja terutamanya dalam sebuah pasukan. Dengan latihan ini, pelajar dapat merasai sendiri suasana dan pengalaman yang perlu dihadapi serta bagaimana untuk berinteraksi dengan golongan masyarakat yang perlbagai peringkat umur apabila berada di alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian.

 c)   Mengamalkan peraturan keselamatan semasa menjalankan tugas
  • Langkah keselamatan merupakan perkara yang amat penting dan dititik beratkan dalam dunia pekerjaan. Oleh yang demikian, para pelajar hendaklah sentiasa berhati-hati dan sentiasa menuruti segala langkah keselamatan yang ditetapkan oleh firma tersebut bagi memastikan keadaan serta keselamatan diri terjamin.

d)    Memupuk sifat amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.
  • Semasam menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pelbagai tugasan dan perlu diselesaikan pada masa yang ditetapkan.Oleh itu, dengan sendirinya sikap amanah dan tanggungjawab akan lahir dalam diri pelaja itu sendiri.Oleh yang demikian, pelajar akan menjadi seorang pekerja yang berkualitidan produktiviti.