Objektif Laporan Latihan Industri

Setiap pelajar yang sedang menjani latihan industri dibekalkan dengan buku laporan harian yang berkaitan dengan buku laporan harian yang berkaitan dengan latihan industri. Bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan pelatih semasa menjalani latihan industri selama satu semester.

Objektif laporan ini adalah menerangkan dengan lebih tepeinci apa yang telah dipelajari semasa dipelajari semasa menjalani latihan industri. Selain itu, ia juga membukukan pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi.

Laporan ini disusun mengukit aktiviti yang dijalankan semasa latihan industri seperti pembinaan sistem yang pertama hingga ke pembinaan sistem yang tarakhir semasa di latihan industri.

           Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:

  • Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelatih dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
  • Sebagai buku untuk mengumpul segala maklumat dan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.
  • Menerangkan dengan lebih jelas mengenai kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelajar.
  • Sebagai rujukan kepada pengurusan firma untuk penambahbaikan kepada firma di masa akan datang.
  •   Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.