Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya telah berjaya menamatkan latihan industri di Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) di Universiti Sains Malaysia selama 20 minggu iaitu bermula dari 1 Disember 2014 hingga 17 April 2015 .
Di samping itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) kerana telah memberi saya peluang menjalani latihan industri di sini selama 20 minggu, khasnya kepada Encik Rasyid selaku bahagian pengurusan strategik dan sistem maklumat. Selain itu, Encik Adly Husaini Ariffin sebagai penyelia juga banyak membantu memberi pendedahan yang menyeluruh kepada saya mengenai jabatan dan organisasi yang dijalankan di PPKT. Tidak lupa juga kepada rakan sekerja yang banyak memberi tunjuk ajar, galakan untuk menghasilkan mutu dalam menyiapkan laporan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit latihan Industri Politeknik Balik Pulau yang banyak membantu dari segi penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan Industri.
Tidak lupa juga kepada ibubapa yang telah memberi dorongan dan sokongan padu kepada saya untuk menyiapkan laporan akhir latihan Industri dalam bentuk penerbitan kreatif dan "blogspot " menjadi pilihan saya untuk menyiapkan laporan akhir ini.