Selama satu semester pelatih menjalani latihan industri di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, pelatih telah menyiapkan tugasan seperti membangunkan laman web joomla. Pelatih telah diberi pendedahan dan pengalaman yang memberi manfaat dan faedah kepada pelatih tentang suasana bekerja.Selama dalam latihan ini juga, pelatih telah diajar cara berkomunikasi dengan baik apabila membentangkan hasil kerja yang dilakukan dihadapan pihak PPKT.
Sesungguhnya, pengalaman semasa menjalani latihan di sini begitu tinggi nilainya terutama pelajaran yang mungkin pelatih dapati di politeknik. Pelatih berpelung mempeluaskan pengetahuan serta pengalaman yang pelatih miliki di samping mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup. Peraturan yang perlu dipatuhi sewaktu menjalani latihan di syarikat ini membantu pelatih mendisiplin diri serta mengajar pelatih untuk menghargai masa.