Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), banyak ilmu pengetahuan yang saya pelajari di sini. Pada pendapat saya, di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) amat sesuai untuk menjalani latihan industri kerana ia merangkumi pelbagai sektor teknologi maklumat, melalui pembelajaran. Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) juga banyak memberi peluang kepada pelatih untuk melihat dan melakukan sendiri demi mencipta pengalaman yang bernilai. Diharap, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) akan terus maju ke hadapan dan mencapai kecemerlangan.
Saya juga berbesar hati dengan pihak Politeknik Balik Pulau (PBU) kerana telah membantu saya dengan menyediakan garis panduan penerbitan kreatif laporan akhir Latihan industri yang telah menyentuh secara terperinci mengenai format penerbitan kreatif yang lengkap.Di sini saya juga ingin membeikan cadangan dan komen kepada pihak Politeknik.
- Saya ingin memberi cadangan supaya pihak Politeknik Balik Pulau dapat memberi kelonggaran dan masa masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh penyarah-pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.